3.0.Hubungkait Tajuk Dengan Prinsip Syariah Beserta Huraian.
3.1 DARIPADA SEGI RABBANIAH
Antara hubungkait yang dapat dilihat daripada segi Rabbaniah iaitu ketuhanan ialah kita sebagai umat islam perlu berpegang teguh akan didikan islam dan percaya bahawa segala ciptaan dan kejadian yang berlaku telah ditetapkan dan disusun oleh Allah S.W.T ke atas hambanya sebagai tanda kasih sayang ke atas mereka. Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian tetapi manusia tidak mensyukurinya malah mempunyai keinginan mengubah kejadian Allah sehingga sanggup mengeluarkan kos yang tinggi hanya untuk mengubah ciptaan Allah seperti melakukan pembedahan plastik yang dilakukan dengan tujuan untuk kecantikan semata mata dan menarik perhatian masyarakat sekeliling.
Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya juga antara perkara yang dilaknat oleh Allah s.w.t. Allah menciptakan manusia dengan jantina lelaki dan perempuan untuk saling melengkapkan diantara satu sama lain. Setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah dan rahsia yang kadang-kadang tidak dapat diketahui oleh ilmu dan akal manusia yang terbatas. Malangnya perbuatan yang keji dan tidak bertamadun ini berlaku secara berleluasa dalam masyarakat hari ini tanpa segan silu. Oleh itu, sebagai sebuah masyarakat kita mestilah saling ingat-mengingati agar gejala ini tidak meluas sehingga memberi kesan yang sangat negatif kepada generasi yang akan datang.
3.2 DARIPADA SEGI TETAP & ANJAL
Seterusnya, hukum menurut syariat telah tetap bahawa hukum bagi mengubah ciptaan Allah adalah haram. Namun begitu, pengharaman bagi pembedahan plastik ini terkecuali dan digugurkan menjadi harus kerana mempunyai keperluan syar'i bagi melakukannya. Kelonggaran ini berlaku kerana bertujuan untuk menutup sesuatu kecederaan yang boleh menyebabkan ia menjadi aib sehingga mengganggu pemikiran seseorang itu.
3.2 MEMELIHARA MARUAH
Tujuan pembedahan dan pemulihan seperti
mengambil kulit peha untuk menutupi kulit muka yang terbakar, kulit kepala
menggantikan bibir mulut yang rosak dan sebagainya. Hal ini boleh mengelakkan
dari kutukkan dan hinaan masyarakat. Malah, seseorang itu akan berasa malu
tidak yakin jika hendak membuat sesuatu perkara di tempat awam.
3.3 MEMELIHARA NYAWA
*Tujuan dibenarkan ialah jika tidak dilakukan
akan membahayakan kesihatan
*Contoh darurat iaitu sekiranya tidak dilakukan
pembedahan,pesakit akan mendapat mudharatan seperti menangggung kesakitan.
*Sebab lain pembedahan tidak boleh dilakukan
secara paksaan hendaklah mendapat keizinan dari pihak pesakit atau wali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan