2.0 HUKUM BERKAITAN PEMBEDAHAN PLASTIK
Penjelasan dari Imam An-Nawawi untuk membezakan antara pembedahan kecantikan yang dibolehkan (harus) dan yang diharamkan:
HARUS
1. Adapun sabda nabi: "Yang mengikir giginya supaya kelihatan cantik" maknanya adalah yang melakukan hal itu untuk mempercantik diri. Sabda nabi tersebut menunjukkan bahawa yang diharamkan adalah yang meminta hal itu dilakukan atas dirinya dengan tujuan untuk mempercantik diri. Adapun bila hal itu perlu dilakukan untuk tujuan perubatan atau karena cacat pada gigi atau sejenisnya maka hal itu dibolehkan.
2. Bertujuan untuk mengembalikan bentuk anggota tubuh badan kepada keadaan sebagaimana manusia dijadikan. (Mengembalikan fungsi asal anggota tubuh badan).
- Firman Allah SWT:
لَقَدۡ خَلَقۡنَا الۡاِنۡسَانَ فِىۡۤ اَحۡسَنِ تَقۡوِيۡمٍ
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
- Jabir bin Abdullah R.A telah berkata:
عَنْ جَابِرٍ ، قال : " بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ طَبِيبًا فَقَطَعَ مِنْهُ عِرْقًا ثُمَّ كَوَاهُ عَلَيْهِ.
3. Bertujuan untuk memperbaiki cacat sejak lahir (al-‘uyub al-khalqiyyah) seperti bibir sumbing, atau cacat yang datang kemudian (al-‘uyub al-thari’ah) akibat kecelakaan, kebakaran, atau semisalnya, seperti wajah yang rosak akibat kebakaran/kecelakaan.
4. Menghilangkan kehodohan yang mengakibatkan jiwa dan raga seseorang itu menderita.
HARAM
1. Bertujuan semata untuk mempercantik atau
memperindah wajah atau tubuh, tanpa ada hajat untuk pengubatan atau memperbaiki
suatu cacat.
CONTOH: Memperindah bentuk hidung, dagu,
buah dada, atau operasi untuk menghilangkan
kedutan-kedutan tanda tua di wajah dan sebagainya.
وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَـَٔامُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ ءَاذَانَ ٱلْأَنْعَـٰمِ وَلَـَٔامُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ ٱللَّهِ ۚ
وَمَن يَتَّخِذِ ٱلشَّيْطَـٰنَ وَلِيًّا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا
Maksudnya: Dan pasti ku sesatkan mereka, dan akan kubangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan kusuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak, (lalu mereka benar-benar memotongnya), dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah, (lalu mereka benar-benar mengubahnya).” Barangsiapa menjadikan setan sebagai pelindung selain Allah, maka sungguh, dia menderita kerugian yang nyata.
(SURAH AN-NISAA’ 119)
[Syarh Shahih Muslim karangan Imam
An-Nawawi XIII/107]
2.2 PERBAHASAN HUKUM
2.2.1.HUKUM MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK ADALAH HARAM MENGIKUT KEADAAN
Sebilangan kecil ahli-ahli fiqh berpendapat melakukan pembedahan plastik untuk kecantikan adalah haram. Hal ini kerana perkara tersebut seperti menolak ketentuan takdir Allah SWT dan mengubah ciptaanya. perkara ini telah disebut didalam surah An-Nisaa ayat ke 119 iaitu :
وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَننْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَددْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا
Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.”
(Surah al-Nisa’: 119)
Daripada riwayat Abdullah bin Mas'ud RA:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ وَالمُتَنَمِّصَاتِ مُبْتَغِيَاتٍ لِلْحُسْنِ مُغَيِّرَاتٍ خَلْقَ اللَّهِ
“Sesungguhnya Nabi SAW melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta ditatu, wanita-wanita yang mencukur alis, demi mencari keindahan dan mengubah ciptaan Allah."
Hadis dia atas menerangkan bahawa perbuatan seperti melukis tatu di badan dan mencabut kening untuk kelihatan cantik dan sempurna ialah perkara yang dilaknat oleh Allah SWT kerana perkara tersebut mengubah ciptaan.
Hadis kedua berkaitan dengan pembedahan plastik diriwayatkan oleh HR Bukhari dan Muslim.
Maksudnya: Daripada Asma' sesungguhnya seorang perempuan datang kepada Nabi lalu berkata: Aku ada seorang anak perempuan yang baru melangsungkan perkahwinan, dia telah jatuh sakit lalu rambutnya telah gugur. Adakah boleh bagiku untuk menyambungkan rambutnya itu dengan benda lain (dengan diberi cemara dan sebagainya)? Lalu Nabi SAW berkata: “Allah SWT melaknat orang yang menyambung rambut dan orang-orang yang meminta untuk menyambung rambut.” [HR Bukhari dan Muslim]
2.HUKUM MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK ADALAH HARUS MENGIKUT KEADAAN
Tetapi sekiranya pembedahan plastik tersebut dilakukan untuk merawat kecacatan pada tubuh badan dan untuk menutup aib pada seseorang manusia sehingga boleh mendatangkan masalah gangguan mental, maka hukum bagi melakukan pembedahan plastik adalah harus. Sebuah Hadis yang dirawayatkan oleh Usamah Bin Syarik ada berbunyi:
“Rasulullah SAW telah menghantar seorang doktor kepada Ubay Bin Ka’ab lalu doktor itu memotong satu uratnya dan meletakkan besi panas padanya.
Berdasarkan riwayat ini, perbuatan
mengubah ciptaan Allah kerana sesuatu keperluan adalah diharuskan. Keperluan
yang terkandung dalam riwayat di atas
ialah bagi menyelamatkan nyawa dan menghilangkan penderitaan dan kesakitan yang
dialami oleh pesakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan