Rabu, 9 Jun 2021




4.0  HUBUNGKAIT  TAJUK DENGAN KAEDAH FIQH BESERTA HURAIAN


    Membaik pulih anggota badan yang tidak normal dan tidak dapat berfungsi akibat daripada kecacatan dari lahir, penyakit atau kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan anggota badan adalah harus. Hukum ini menjadi harus berdasarkan kaedah fiqh yang terlibat dan digunakan.


4.1 KAEDAH 1 (PERKARA YANG DIBUAT BERGANTUNG

 KEPADA NIAT)

Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati bagi melaksanakan sesuatu perkara. Dalam tujuan pembedahan plastik, niat yang dibenarkan adalah membuat ia kerana Allah s.w.t. Namun, perlu diingatkan juga bahawa bukan sekadar hanya niat kerana niat tidak menghalalkan cara. Jika melakukan pembedahan plastik niat kerana Allah sedangkan tidak ada sebarang keperluan untuk dirinya dalam melakukan pembedahan plastik, semestinya pembuatannya tidak diterima. Hal ini kerana niat ketika melakukannya hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak serta bergantung kepada keadaan.


4.2 KAEDAH 2 (KESULITAN MENGUNDANG KEMUDAHAN)

Islam tidak menjadikan umatnya menanggung keberatan dan kesusahan dalam perkara agama. Bagi mereka yang mempunyai kecederaan yang parah, tambahan pula kecederaan tersebut menjadikan kesusahan bagi seseorang itu melaksanakan ibadah dan kerja harian, maka pembedahan plastik ini dibenarkan. Hal ini kerana ia termasuk dalam rukhsah yang dibenarkan syarak iaitu pengguguran. Hukumnya digugurkan atas sebab yang boleh dianggap sebagai kemudaratan bagi dirinya jika tidak melakukan pembedahan plastik.


      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan