Rabu, 9 Jun 2021

 






Tajuk : Pembedahan Plastik 






Nama : 1.MOHAMAD SHAZWAN BIN ABDULL JALIL           (16DGU20F1027)
             2.AHMAD ERFAN NAIM BIN AHMAD NIZZAM        (16DGU20F1025)
             3.MUHAMAD FIKRI AIMAN BIN ABDUL LATIF        (16DGU20F1023)
             4.NUR DANIEL HAIQAL BIN NOR ISKANDAR          (16DGU20F1028)

Kelas :  DGU2B

KURSUS : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

KOD KURSUS : MPU23052

PENSYARAH : PUAN RAIHAN BINTI AHMAD

SESI SEMASA : DISEMBER 2020




1.0 PENGENALAN

Allah SWT telah menciptakan manusia dengan bentuk fizikal yang lengkap dan sempurna berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Namun sesetengah manusia masih berasa tidak berpuas hati dengan ciptaan Allah SWT sehingga sanggup mengubah ciptaan supaya kelihatan lebih cantik dan sempurna pada pandangan manusia lain . Mereka terlalu obses dengan kecantikan sehingga sanggup melakukan pelbagai cara untuk kelihatan cantik . Antara alternatif yang sering diggunakan untuk kelihatan sempurna ialah pembedahan plastik. 

      

     1.1 Definisi Bagi Pembedahan Plastik    

    Pembedahan plastik dari sudut bahasa ialah pembedahan untuk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh cacat, berpenyakit , atau kurang cantik ( Kamus Dewan Edisi Keempat). Dari sudut istilah pula pembedahan plastik ialah pembedahan plastik untuk membaiki atau memulihkan bahagian badan, terutamanya paras rupa dengan membuat pemindahan tisu, sama  ada untuk tujuan rawatan, memulihkan kecacatan atau supaya kelihatan lebih cantik  dan menarik ( Kamus Dewan Edisi Kedua).Dalam bahasa arab pula pembedahan plastik disebut jirahah at-tajmil iaitu memperbaiki penampilan satu anggota tubuh  yang nampak, atau untuk memperbaiki fungsinya, ketika anggota tubuh itu berkurang, hilang atau rosak.(AL-MAUSU’AH AT-THIBBIYAH AL-HADITSAH, 3/454).   Istilah asal bagi pembedahan plastik ialah dari perkataan Yunani iaitu 'plastisko'  yang bermaksud acuan atau  bentuk. Tetapi istilah 'plastisko' ini tidak membawa maksud sebenar dalam dunia perubatan. Maksud sebenar dalam dunia perubatan ialah mengembalikan rupa bentuk asal manusia

    

 1.2 Sejarah Pembedahan Plastik

Sejarah pembedahan plastik berlaku sebelum zaman Mesir purba iaitu pada tahun 1213 (Sebelum Masihi ) iaitu menukar dan membentuk semula wajah. Pada zaman itu, kepercayan  yang diamalkan ialah wajah merupakan salah satu lambang fizikal  yang akan dibawa semula ke alam kehidupan baharu. Raja Ramses memiliki hidung yang besar dan memanjang. Oleh yang demikian, beliau melakukan prosedur pembedahan dengan memasukkan tulang baru untuk membentuk hidung yang lebih sempurna kerana beliau ingin diingati sebagai seorang raja pada kehidupan lain.

Seterusnya, pada tahun 600 (Sebelum Masihi ) di India, seorang pakar bedah, Sushruta merupakan seorang pakar bedah yang pertama menyempurnakan prosedur pembedahan plastik keatas manusia. Pada zaman itu sesiapa yang melakukan jenayah akan dikenakan hukuman kejam dengan memotong hidung mereka utnuk memberi kesedaran kepada orang ramai. Namun Sushruta telah mencipta prosedur mengembalikan bentuk hidung sempurna buat bekas-bekas penjenayah. Proses ini memerlukan beliau menarik sedikit kulit pipi dan dahi untuk ditampal pada bahagian hidung.

Akhir sekali, Negara Rom merupakan negara pertama yang mengamalkan pembedahan plastik untuk memulihkan imej diri. Pada zaman itu, golongan wanita atasan  Meminati perhiasan seperti anting-anting yang berat dan ia memberi kesan pada cuping telinga mereka iaitu menjadi panjang. Bagi golongan hamba yang telah dibebaskan, mereka perlu melalui prosedur pembedahan plastik kerana mereka perlu membuang tanda ' hak milik ' yang dicop pada anggota badan mereka.


   1.3 Pembedahan plastik Menurut Islam

Mengikut syariat islam, perkara ini telah berlaku pada zaman Rasulullah iaitu pada akhir kurun ke 6- hijrah. 

   Antara isu  berkaitan dengan pembedahan plastik semasa zaman awal kemunculan  islam ialah mengimplan benda lain sebagai ganti kepada anggota sepertimana Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi yang berbunyi:


              أُصِيبَ أَنْفِي يَوْمَ الْكُلَابِ فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَاتَّخَذْتُ أَنْفًا مِنْ وَرِقٍ فَأَنْتَنَ عَلَيَّ فَأَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ   أَتَّخِذَ أَنْفًا مِنْ ذَهَبٍ

Maksudnya :“Hidungku telah terputus pada hari peperangan Al-Kulab masa Jahiliyyah. Jadi saya mengambil (menggantikan) hidung dengan wariq (perak). Lalu (beberapa ketika) hidungku menghasilkan bau busuk. Maka Rasulullah saw memerintahkan aku untuk menggantikannya dengan hidung yang diperbuat daripada emas.” 

      

     










2.0 HUKUM BERKAITAN PEMBEDAHAN PLASTIK



Penjelasan dari Imam An-Nawawi untuk membezakan antara pembedahan kecantikan yang dibolehkan (harus) dan yang diharamkan:  


HARUS


1.   Adapun sabda nabi: "Yang mengikir giginya supaya kelihatan cantik" maknanya adalah yang melakukan hal itu untuk mempercantik diri. Sabda nabi tersebut menunjukkan bahawa yang diharamkan adalah yang meminta hal itu dilakukan atas dirinya dengan tujuan untuk mempercantik diri. Adapun bila hal itu perlu dilakukan untuk tujuan perubatan atau karena cacat pada gigi atau sejenisnya maka hal itu dibolehkan.


2.   Bertujuan untuk mengembalikan bentuk anggota tubuh badan  kepada keadaan  sebagaimana manusia dijadikan. (Mengembalikan fungsi asal anggota tubuh badan).                                 

  • Firman Allah SWT:

لَقَدۡ خَلَقۡنَا الۡاِنۡسَانَ فِىۡۤ اَحۡسَنِ تَقۡوِيۡمٍ

Maksudnya:  Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai  dengan keadaannya).

                                                                                             (Surah at-Tin:4)            

  • Jabir bin Abdullah R.A telah berkata:

عَنْ جَابِرٍ ، قال : " بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ طَبِيبًا فَقَطَعَ مِنْهُ عِرْقًا ثُمَّ كَوَاهُ عَلَيْهِ.

“Rasulullah SAW telah menghantar seorang doktor kepada Ubay Bin Ka’ab lalu doktor itu memotong satu uratnya dan meletakkan besi panas padanya.


  3.  Bertujuan untuk memperbaiki cacat sejak lahir (al-‘uyub al-khalqiyyah) seperti bibir sumbing, atau cacat yang datang kemudian (al-‘uyub al-thari’ah)  akibat kecelakaan, kebakaran, atau semisalnya, seperti wajah yang rosak akibat kebakaran/kecelakaan.


                          مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]


 4.   Menghilangkan kehodohan yang  mengakibatkan  jiwa dan raga seseorang itu menderita. 


         CONTOH: Pemindahan kulit dan penempelannya, penanaman rambut khusus bagi            wanita kerana masalah rambut gugur.


HARAM


1.  Bertujuan semata untuk mempercantik atau memperindah wajah atau tubuh, tanpa ada hajat untuk pengubatan atau memperbaiki suatu cacat.

CONTOH: Memperindah  bentuk hidung, dagu, buah dada, atau operasi untuk menghilangkan  kedutan-kedutan tanda tua di wajah dan sebagainya.


وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَـَٔامُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ ءَاذَانَ ٱلْأَنْعَـٰمِ وَلَـَٔامُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ ٱللَّهِ ۚ 

وَمَن يَتَّخِذِ ٱلشَّيْطَـٰنَ وَلِيًّا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

    Maksudnya: Dan pasti ku sesatkan mereka, dan akan kubangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan kusuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak, (lalu mereka benar-benar memotongnya), dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah, (lalu mereka benar-benar mengubahnya).” Barangsiapa menjadikan setan sebagai pelindung selain Allah, maka sungguh, dia menderita kerugian yang nyata.

(SURAH AN-NISAA’ 119)

[Syarh Shahih Muslim karangan Imam An-Nawawi XIII/107]

  

2.2 PERBAHASAN HUKUM

 

2.2.1.HUKUM MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK ADALAH HARAM MENGIKUT KEADAAN

Sebilangan kecil ahli-ahli fiqh berpendapat melakukan pembedahan plastik untuk kecantikan adalah haram. Hal ini kerana perkara tersebut seperti menolak ketentuan takdir Allah SWT dan mengubah ciptaanya. perkara ini telah disebut didalam surah An-Nisaa ayat ke 119 iaitu :

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَننْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَن   يَتتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَددْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.”

                                                                                                        (Surah al-Nisa’: 119)

Daripada  riwayat  Abdullah bin Mas'ud RA: 

     أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ وَالمُتَنَمِّصَاتِ مُبْتَغِيَاتٍ                                          لِلْحُسْنِ مُغَيِّرَاتٍ خَلْقَ اللَّهِ

“Sesungguhnya Nabi SAW melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta ditatu, wanita-wanita yang mencukur alis, demi mencari keindahan dan mengubah ciptaan Allah."

Hadis dia atas menerangkan bahawa perbuatan seperti melukis tatu di badan dan mencabut kening untuk kelihatan cantik dan sempurna ialah perkara yang dilaknat oleh Allah SWT kerana perkara tersebut mengubah ciptaan.


Hadis kedua berkaitan dengan pembedahan plastik diriwayatkan oleh HR Bukhari dan Muslim.


Maksudnya: Daripada Asma' sesungguhnya seorang perempuan datang kepada Nabi lalu berkata: Aku ada seorang anak perempuan yang baru melangsungkan perkahwinan, dia telah jatuh sakit lalu rambutnya telah gugur. Adakah boleh bagiku untuk menyambungkan rambutnya itu dengan benda lain (dengan diberi cemara dan sebagainya)? Lalu Nabi SAW  berkata: “Allah SWT melaknat orang yang menyambung rambut dan orang-orang yang meminta untuk menyambung rambut.” [HR Bukhari dan Muslim]


  2.HUKUM MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK ADALAH HARUS                                                            MENGIKUT KEADAAN

Tetapi sekiranya pembedahan plastik tersebut dilakukan untuk merawat kecacatan pada tubuh badan dan untuk menutup aib pada seseorang manusia sehingga boleh mendatangkan masalah gangguan mental, maka hukum bagi melakukan pembedahan plastik adalah harus. Sebuah Hadis yang dirawayatkan oleh Usamah Bin Syarik ada berbunyi:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: Wahai hamba-hamba Allah sekalian, berubatlah kamu sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu penyakit itu melainkan dijadikannya ubat kecuali penyakit tua.

 
Jabir bin Abdullah R.A telah berkata:
عَنْ جَابِرٍ ، قال : " بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ طَبِيبًا فَقَطَعَ مِنْهُ عِرْقًا ثُمَّ كَوَاهُ عَلَيْهِ.

“Rasulullah SAW telah menghantar seorang doktor kepada Ubay Bin Ka’ab lalu doktor itu memotong satu uratnya dan meletakkan besi panas padanya.


Berdasarkan  riwayat ini, perbuatan mengubah ciptaan Allah kerana sesuatu keperluan adalah diharuskan. Keperluan yang terkandung dalam  riwayat di atas ialah bagi menyelamatkan nyawa dan menghilangkan penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh pesakit.





   3.0.Hubungkait Tajuk Dengan Prinsip Syariah   Beserta Huraian.

             3.1  DARIPADA SEGI RABBANIAH

  Antara hubungkait yang dapat dilihat daripada segi Rabbaniah iaitu ketuhanan ialah kita sebagai umat islam perlu berpegang teguh akan didikan islam dan percaya bahawa segala ciptaan dan kejadian yang berlaku telah ditetapkan dan disusun oleh Allah  S.W.T ke atas hambanya  sebagai tanda kasih sayang ke atas mereka. Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian tetapi manusia tidak mensyukurinya malah mempunyai keinginan mengubah kejadian Allah sehingga sanggup mengeluarkan kos yang tinggi hanya untuk mengubah ciptaan Allah seperti melakukan pembedahan plastik yang dilakukan dengan tujuan untuk kecantikan semata mata dan menarik perhatian masyarakat sekeliling.


  Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya juga antara perkara yang dilaknat oleh Allah s.w.t. Allah menciptakan manusia dengan jantina lelaki dan perempuan untuk saling melengkapkan diantara satu sama lain. Setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah dan rahsia yang kadang-kadang tidak dapat diketahui oleh ilmu dan akal manusia yang terbatas. Malangnya perbuatan yang keji dan tidak bertamadun ini berlaku secara berleluasa dalam masyarakat hari ini tanpa segan silu. Oleh itu, sebagai sebuah masyarakat kita mestilah saling ingat-mengingati agar gejala ini tidak meluas sehingga memberi kesan yang sangat negatif kepada generasi yang akan datang. 


         3.2 DARIPADA SEGI TETAP & ANJAL

Seterusnya, hukum menurut syariat telah tetap bahawa hukum bagi mengubah ciptaan Allah adalah haram. Namun begitu, pengharaman bagi pembedahan plastik ini terkecuali dan digugurkan menjadi harus kerana mempunyai keperluan syar'i bagi melakukannya. Kelonggaran ini berlaku kerana bertujuan untuk menutup sesuatu kecederaan yang boleh menyebabkan ia menjadi aib sehingga mengganggu pemikiran seseorang itu.


        3.2 MEMELIHARA MARUAH

   Tujuan pembedahan dan pemulihan seperti mengambil kulit peha untuk menutupi kulit muka yang terbakar, kulit kepala menggantikan bibir mulut yang rosak dan sebagainya. Hal ini boleh mengelakkan dari kutukkan dan hinaan masyarakat. Malah, seseorang itu akan berasa malu tidak yakin jika hendak membuat sesuatu perkara di tempat awam.

 

          3.3 MEMELIHARA NYAWA                                          

*Tujuan dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan membahayakan kesihatan

*Contoh darurat iaitu sekiranya tidak dilakukan pembedahan,pesakit akan mendapat mudharatan seperti menangggung kesakitan.

*Sebab lain pembedahan tidak boleh dilakukan secara paksaan hendaklah mendapat keizinan dari pihak pesakit atau wali.

 

           





4.0  HUBUNGKAIT  TAJUK DENGAN KAEDAH FIQH BESERTA HURAIAN


    Membaik pulih anggota badan yang tidak normal dan tidak dapat berfungsi akibat daripada kecacatan dari lahir, penyakit atau kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan anggota badan adalah harus. Hukum ini menjadi harus berdasarkan kaedah fiqh yang terlibat dan digunakan.


4.1 KAEDAH 1 (PERKARA YANG DIBUAT BERGANTUNG

 KEPADA NIAT)

Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati bagi melaksanakan sesuatu perkara. Dalam tujuan pembedahan plastik, niat yang dibenarkan adalah membuat ia kerana Allah s.w.t. Namun, perlu diingatkan juga bahawa bukan sekadar hanya niat kerana niat tidak menghalalkan cara. Jika melakukan pembedahan plastik niat kerana Allah sedangkan tidak ada sebarang keperluan untuk dirinya dalam melakukan pembedahan plastik, semestinya pembuatannya tidak diterima. Hal ini kerana niat ketika melakukannya hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak serta bergantung kepada keadaan.


4.2 KAEDAH 2 (KESULITAN MENGUNDANG KEMUDAHAN)

Islam tidak menjadikan umatnya menanggung keberatan dan kesusahan dalam perkara agama. Bagi mereka yang mempunyai kecederaan yang parah, tambahan pula kecederaan tersebut menjadikan kesusahan bagi seseorang itu melaksanakan ibadah dan kerja harian, maka pembedahan plastik ini dibenarkan. Hal ini kerana ia termasuk dalam rukhsah yang dibenarkan syarak iaitu pengguguran. Hukumnya digugurkan atas sebab yang boleh dianggap sebagai kemudaratan bagi dirinya jika tidak melakukan pembedahan plastik.


      



KESIMPULAN






RUJUKAN

  • https://www.glam.my/cantik/kenali-sejarah-pembedahan-plastik/
  • http://papisma.org/nota/fekah/Pembedahan%20Kosmetik%20-%20HSB%20Kedah%20200912.pdf
  • https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2896-al-kafi-970-hukum-pembedahan-hidung-kerana-terlalu-besar
  • https://mykhilafah.com/soal-jawab-hukum-syarak-mengenai-pembedahan-plastik-kosmetik/
  • https://www.powtoon.com/online-presentation/fkDOWpy6TtG/pembedahan-plastik-menurut-keadah-fiqh-dalam-islam/?mode=movie